Gadis Bunga

August 4, 2012

Segmen kenangan ramadhan


segmen
(NAK JOIN CLIK SAHAJA BANNER ATAS)

KENANGAN RAMADHAN

Bila diingat kembali Ramadhan yang berlalu, kadang-kadang terasa ramai umat islam diakhir zaman ini beribadat sebagai adat sahaja. Berpuasa, berterawih , bersedeqah dan sebagainya dilakukan kerana ikut-ikutan sahaja. Bukan semua, sebahagian sahaja.
Walau pun dua tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak juga masjid-masjid dan surau-surau yang menganjurkan program tazkirah dipertengahan terawih atau selepas habis terawih, tetapi ramai juga yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk menambah ilmu, dengan meninggalkan majlis tersebut. Malah ada yang merasa ‘menyampah’ denagan majlis tazkirah tersebut.
Ada juga yang hanya berminat untuk berterawih dengan imam yang membaca surah yang panjang-panjang, walau pun mereka tak pernah nak memahami apa yang dibaca oleh imam-imam tersebut.
Keadaan kita berbeza dengan orang arab. Orang arab atau orang yang memahami “bahasa Al Quran” bacaan imam didalam solat terawih tersebut dapat mereka fahami maksudnya. Bacaan Al Quran tersebut terus menjadi “tazkirah” untuk para makmum. Sebab itu mereka boleh menangis bila mendengar bacaan Imam.
Kita? Apa yang kita hayati dari bacaan Imam yang panjang lebar tersebut?
Sebab itu pentingnya majlis tazkirah di bulan Ramadhan. Mengeluarkan diri kita dari kejahilan.
Malangnya ramai yang tidak memahami atau buat-buat tak faham
Sebab itu kita lihat bila berakhir ramadhan, ilmu sebahagian umat Islam tidak berubah dari dahulu sampai sekarang. Mereka masih tidak dapat memahami kesyumulan Islam, masih tak dapat melakukan solat dengan sempurna. Mereka masih rasa tak bersalah walau pun melibatkan diri dengan riba, atau masih tak dapat menerima bahawa politik itu adalah sebahaghian dari ajaran Islam.
Bilakah kejahilan umat akan berakhir sekiranya “madrasah ramadhan” pun tidak memberi apa-apa makna kepada mereka disebabkan sikap mereka terhadap ilmu?







6 00 Minnie-Minnie Comel:

Cik Nur said...

xde cerita ye..

wan nurul hezrina said...

singgah dr segmen yang sama
http://hezrina83.blogspot.com/2012/08/segmen-kenangan-ramadhanku.html

Dayana Bahar said...

aik,,, mana kenangannya??? huhu

~Sweet Honesty~ said...

eyh..nape xde cerita ne??huhu.. meh baca kisah saya..

http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/07/segmen-kenangan-ramadhanku.html

dyabunga said...

jom singgah baca entry segmen kenangan ramadhan
http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html

C'Jai said...

tempat akak pun lepas 4 rakaat ada tazkirah.... terawih buat 8 rakaat...

http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/di-ambang-ramadhan-teringat-puasa-zaman.html


Put Your Cbox