BAGAN SERAI - Seorang pengusaha tabika di Taman Serai Mayang, di sini tidak menyangka premis diusahakan sejak 12 tahun lalu diceroboh pada Isnin lalu.
Pengusaha Tabika Raihan Cemerlang, Norhayati Manlana berkata, kejadian berlaku antara jam 6 petang hingga 7.30 malam itu, disedari apabila dia ke tadika tersebut untuk mengadakan kelas al-Quran dan mendapati pintu hadapan premis tidak berkunci.
Menurutnya, apabila dia masuk ke dalam premis berkenaan, hampir keseluruhan peralatan tadika termasuk perabot, alatan permainan, buku pembelajaran dan hasil kerja murid dirosakkan serta berselerakan di lantai.
“Turut mengecewakan ubat-ubatan yang disimpan di dalam peti kecemasan turut dituang ke atas lantai selain paip air dibiarkan terbuka,” katanya ketika di premisnya, semalam.
Norhayati berkata, selain peralatan tabika, penceroboh turut merosakkan pelbagai foto gambar kenangan yang disimpan pengurusan tabika di premis itu.
Katanya, kejadian pencerobohan itu merupakan pertama kali berlaku di tabika berkenaan dan laporan polis dibuat di Balai Polis Bagan Serai lebih kurang jam 8 malam pada hari kejadian.
“Berdasarkan maklumat polis, hasil siasatan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian pencerobohan itu dan saya berasa kesal memandangkan kami tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Jumlah kerugian yang ditanggung dianggarkan lebih RM10,000 dan saya berharap pihak tidak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Kita sedang menyiasat motif sebenar kes ini dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur khianat,” katanya.

p/s:Siapa tengok Gambar Kecil Cikgu (Norhayati Manlana) itu lah cikgu saya masa Sekolah Tadika Dulu,Saya Masih Ingat lagi Cikgu Tadika Saya Dulu..
(Surat Khabar Metro 17/11/2012)
0 00 Minnie-Minnie Comel:
Post a Comment