Gadis Bunga

September 24, 2012

Masuk ular dalam Mulut(Harian Metro)

BACHOK: Usianya baru 16 tahun, tetapi kemampuannya luar biasa apabila mampu mencium dan memasukkan kepala ular tedung selar dalam mulut untuk menghiburkan orang ramai.
Laili Syuhada Abdul Razak dari Kuala Krai tidak kekok memegang reptilia berbisa itu, malah kadangkala membawa pulang ke rumah untuk dijadikan teman ‘bermain’.

Menurutnya, dia meminati pelbagai spesies ular sejak kanak-kanak dan mula serius belajar kemahiran mengawal reptilia berkenaan pada awal 2011.

Katanya, dia ‘menuntut ilmu’ dengan seorang penangkap ular terkenal di Kelantan, Hamdan Mahadi, 26, yang turut aktif mengadakan persembahan ular di seluruh negara.

“Waktu terluang saya lebih banyak bermain ular. Selepas belajar kemahiran mengawal ular terutama ular tedung selar, hujung minggu dihabiskan dengan mengadakan persembahan di merata tempat bersama Hamdan.

“Selain minat, untuk bermain dengan ular terutama ular tedung selar perlukan keberanian, apatah lagi ketika mencium dan memasukkan kepala reptilia itu dalam mulut,” katanya ketika membuat persembahan di Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Dataran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Beris Kubur Besar, Bachok, dekat sini, kelmarin. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai itu, berkata, dia bersyukur kerana tidak pernah dipatuk sepanjang menjalani latihan dan mengadakan persembahan.



4 00 Minnie-Minnie Comel:

THE AUTHOR said...

Isskkk tak mahulah ....belajar ilmu ular ni

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

hebatnya !

Nadiaafarhanaa said...

hebatnya....berani ^_______^ kalau yaya tengok dari jauh jela

hazanis said...

negeri ambo..:)


Put Your Cbox